Hiburan

Penyanyi Bea Soba Bea mengaku ambil pil, tidak mengaku miliki 6,059 biji pil kuda

SEORANG penyanyi wanita dari Kelantan, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin, bersama suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, dan empat individu lain dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, hari ini atas dua pertuduhan melibatkan dadah.

Kesemua tertuduh yang turut melibatkan Erdieka Mohd. Noor, Mohamad Alif Deraman, Nur Aida Mamat, dan Zuhaira Nasrin mengaku bersalah atas pertuduhan pertama, iaitu mengambil dadah.

Namun, mereka tidak mengaku bersalah atas pertuduhan kedua, iaitu memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemui di salah sebuah hotel di Sungai Golok.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Yuan Khao Kham di Mahkamah Wilayah Narathiwat, dengan hakim memerintahkan kesemua tertuduh mengemukakan bukti kukuh bahawa dadah tersebut bukan milik mereka sebelum perbicaraan dijalankan pada 11 Februari nanti.

Dalam perkembangan lain, dua daripada tertuduh, Erdieka dan Zuhaira, mengaku bersalah atas pertuduhan tambahan kerana memasuki Thailand secara haram tanpa dokumen perjalanan atau pasport yang sah.

Kesemua tertuduh diwakili tiga peguam, dan mahkamah menetapkan perbicaraan berlangsung pada 11, 13, dan 14 Februari, manakala prosiding untuk jatuh hukum dijadualkan awal Mac.

Menurut laporan media, kesemua suspek ditahan oleh pihak berkuasa Thailand pada 1 November tahun lalu selepas serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok menemui lebih 6,000 biji pil kuda.

Dalam kejadian tersebut, enam rakyat Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun, termasuk tiga wanita, ditahan di sebuah bilik hotel selepas dipercayai berhibur di pusat hiburan di tingkat bawah hotel tersebut.

Artikle Berkaitan:>

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button