Negeri

Penjawat awam perlu jaga tahap integriti dan profesionalisme – Pemangku Raja Perlis

PADANG BESAR 19 Ogos – Para penjawat awam hendaklah sentiasa membuktikan mereka berperanan dalam memudahcara, menjadi penyelesai masalah dan professional dalam memberikan pandangan dan nasihat tanpa mengenepikan nilai integriti dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua MAIPs selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi Padang Besar Utara, Perlis baru-baru ini.

Seramai 70 orang Anak Kariah Padang Besar Utara dan 70 Orang lagi Anak Kariah Felda Rimba Mas. Setiap seorang yang merupakan asnaf yang terpilih berdasarkan kariah masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM l700, pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma, ceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi mencegah dari najis dadah serta ceramah dari MAIPs yang bertajuk ‘Bangun Jiwa Asnaf’.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button