Nasional

Peniaga wanita berhadapan tuduhan bunuh rakan kongsi wanita warga emas

SEORANG peniaga wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret  Terenggnu hari ini atas pertuduhan membunuh rakan kongsinya yang juga wanita warga emas.

Tertuduh, Nooraini Remali, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas mangsa yang berusia 65 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan pos pengawal Telekom Malaysia, Batu 23 Kuala Berang, Hulu Terengganu antara jam 3.20 pagi hingga 4 pagi pada 1 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 15 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Mohd Jazlee manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim.

Media sebelum ini melaporkan seorang peniaga wanita ditemukan mati dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Mayat berusia 65 tahun ditemui pengawal keselamatan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada jam 4.35 pagi. – SUMBER MY METRO- SM

BACA Penuntut didakwa buat hantaran bunuh Perdana Menteri kelapan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button