Politik

Pengunjung pekan sehari di Kerayong teruja disantuni PM Ismail Sabri pagi ini

PENGUNJUNG pekan atau Pasar Sehari Kerayong pagi ini teruja apabila bertemu secara empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengunjungi pasar tersebut.

Pertemuan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera yang akan mempertahankan kerusi Parlimen itu adalah sebagai langkah memulakan sesi kempen beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November ini manakala undi awal ialah pada 15 November.

Ketibaan Ismail Sabri bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N37 Guai, Datuk Sabariah Saidin mendapat perhatian para peniaga dan pengunjung pasar sehari itu.

PERDANA MENTERI Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanya khabar calon Pakatan Harapan (PH) yang menentang beliau sebagai calon kawasan Parlimen Bera PRU15.

Bukan mudah bagi mereka untuk bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri khasnya dan mengenali calon DUN N37 amnya, rata-rata mereka mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pemimpin nombor satu negara.

Kemesraan yang ditunjukkan oleh Ismail Sabri amat disenangi oleh semua yang ada di Pasar Sehari Kerayong pagi tadi.

Ketika meninjau sekitar pasar sehari, Perdana Menteri bertembung dengan calon Pakatan Harapan (PH)  bagi kerusi Parlimen P090 Bera, Abas Awang. Abas Awang turut melakukan visi berkempen di lokasi yang sama pagi tadi.

Sifat profesional Perdana Menteri Ismail Sabri terserlah apabila beliau meluangkan masa berbual dengan pencabarnya selain bertanya khabar dua lagi calon PH yang bertanding kerusi DUN N37 Guai, Noraini Abdul Ghani dan N38 Triang, Leong Yu Man.

Ismail Sabri kemudiannya meneruskan tinjauan dan beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung di pasar sehari tersebut serta singgah di semua gerai dan bertanya khabar penjaja.

Untuk makluman, apabila gendang PRU telah dipalu maka jadual Perdana Menteri Ismail Sabri amat padat di Bera hari ini termasuklah menghadiri Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan yang diadakan pada sebelah tengah hari ini.

Selain itu, beliau akan berkunjung ke FELDA Bukit Mendi, Kampung Sungai Tuang dan Kampung Mengkarak untuk menyantuni penduduk dan para pengundi di kawasan tersebut nanti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button