Pengundi Kimanis berjaya selamatkan Sabah
KEPUTUSAN kerajaan negeri Sabah membatalkan Pas Sementara Sabah (PSS) merupakan satu kemenangan kepada pengundi Kimanis dan rakyat Sabah.
Ini membuktikan keputusan yang dibuat oleh pengundi Kimanis berjaya memaksa kerajaan negeri untuk membatalkan PSS.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan bukan sahaja pengundi P176 Kimanis tetapi seluruh rakyat Sabah.
“Ini adalah kemenangan Rakyat, bukan sahaja di P 176 malah kemenangan seluruh rakyat Sabah.
“Sebelum 18 Januari ada yang kata apa sahaja keputusan di PRK Kimanis tidak akan mengubah apa apa. Tetapi sekarang anda lihat sendiri. Kkemenangan rakyat ini telah mengubah ‘muka’ Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri,” katanya dalam hantaran di laman blognya, hari ini.
Zahida menyifatkan pengundi Kimanis telah berjaya menyelamatkan Sabah.
“Tahniah Rakyat Kimanis. Kalian telah berjaya selamatkan Sabah. Radu Tatap Radu! ” Katanya.
Kerajaan negeri Sabah membatalkan keputusan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) selaras dengan kehendak dan suara rakyat Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, beliau berkata pembatalan pelaksanaan PSS itu yang diputuskan pada mesyuarat jemaah menteri negeri akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Setelah mendengar suara rakyat di (semua) peringkat dan bukan hanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis bahkan secara keseluruhan suara rakyat yang tidak inginkan (membantah PSS) dan kita (kerajaan negeri) dengar suara ini. – SM