Nasionalpilihan

Pengumuman PM beri sinar baru buat usahawan

KELONGGARAN untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dilihat dapat memberi inar kepada usahawan industri makanan khususnya restoran serta usahawan dalam perniagaan pelancongan seperti inap desa.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kelonggaran itu juga dapat membantu usahawan menggerakkan kembali perniagaan dalam tempoh mencabar ini.

“Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berhubung Ekonomi Rakyat dan Kelangsungan Perniagaan amat bertepatan dan keputusan itu bakal memberi sinar kepada usahawan industri makanan khususnya restoran serta usahawan dalam perniagaan pelancongan seperti inap desa.

“Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) amat bergantung kepada sokongan rakyat atau pelanggan bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka hidup,” katanya.

Menurut Wan Junaidi, usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi atau ‘ramping-up the vaccination rate’ sudah menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan.

Jelasnya, sudah terbukti rakyat menyahut panggilan dan menyambut baik seruan kerajaan ini untuk menerima vaksinasi. Adalah diharapkan PMKS tidak terkecuali daripada mendapatkan vaksinasi ini.

Tambahnya, PMKS yang berjumlah lebih 1.15 juta pada 2020, memberi sumbangan yang amat signifikan dalam pembangunan sosioekonomi negara, dengan sumbangan hampir separuh guna tenaga di negara ini iaitu sebanyak 7.3 juta orang. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button