Politik

Pengkhianat berdepan tindakan, Bersatu sedia hadapi PRK

PARTI Bersatu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang khianat susulan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Bersatu juga sedia berdepan PRK jika berlaku pengosongan kerusi wakil rakyatnya yang diambil tindakan nanti.

“Selaras ketegasan itu, Majlis Pimpinan Tertinggi juga bersetuju meminda Perkara 10 Perlembagaan Bersatu menghalang insiden sama daripada berulang di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Hamzah berkata, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semalam yang dipengerusikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – SM

BACA “Jagalah parti ini baik-baik”, Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan presiden Bersatu

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button