Nasional

Pengikut GISBH tiada kemampuan keluar negara, masih berada dalam negara

POLIS percaya pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang melarikan diri dipercayai masih berada dalam negara kerana mereka terlalu bergantung kepada kepimpinan tertinggi organisasi itu terutama dalam hal kewangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka tiada kemampuan untuk melarikan diri ke sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Kelantan kerana segala dana, elaun dan kewangan mereka mengharapkan pemimpin GIBSH yang telah ditangkap dan dibekukan akaun mereka baru-baru ini.

Kepimpinan tertinggi GISBH telah ditangkap, jadi yang ada di bawah tidak ada kemampuan untuk lari ke sempadan negara.

“Pengikut GISBH masih ada di sini (dalam negara) dan mereka menyorok kerana tiada duit, gaji dan sebagainya untuk melarikan diri,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button