NasionalPolitik

Pengguguran dan lantikan Yang Dipertua satu titik hitam buat negara – PH

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) menganggap pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat sebagai langkah tempang dalam negara.

Malah, pengguguran Tan Sri Ariff Yusoff semalam juga menjadikan Malaysia negara pertama dalam sejarah negara-negara Komanwel yang menggugurkan seorang yang Yang Dipertua.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Keadilan, Amanah dan DAP itu, mereka kesal kerana hanya empat orang pembahasa dibenarkan berbahas selama 10 minit.

“Bagi suatu usul yang bersejarah seperti ini, seharusnya lebih banyak masa diperuntukkan bagi mendengar sepenuhnya hujan kedua-dua belah pihak.

“Tambahan pula selepas usul mengosongkan jawatan tersebut dilakukan, terus pengganti baharu Yang Dipertua Negara diusulkan sekaligus menampakkan sikap kerajaan yang sepatutnya lebih demokratik.

Related Articles
BACA> UMNO gugur saman terhadap sembilan bekas ahli

“Hujah pembangkang agar masa 14 hari diberikan untuk menamakan calon juga tidak diendahkan dan calon Yang Dipertua juga tidak dipersetujui secara undian di dalam dewan,” katanya.

Menurutnya, PH amat kesal dengan kerajaan hari ini yang mahu meletakkan Parlimen di bawah telujuk Eksekutif.

Malah, Parlimen sebagai badan perundangan wajib bebas daripada sebarang unsr kawalan dari luar yang boleh menganggu demokrasi negara.

“Kejadian semalam merupakan titik hitam buat demokrasi negara sekaligus mengukuhkan iltizam PH untuk memastikan mandat rakyat dikembalikan ke tempatnya,” jelasnya.

Semalam, Datuk Azhar Azhar Azizan@Harun mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu petang tadi selepas dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA> Tabung Haji: Jawapan PM buktikan kegagalan Kerajaan PH

Jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat kosong apabila usul dikemukakan Muhyiddin bagi tujuan tersebut berjaya mendapat sokongan 111 undian bersetuju manakala 109 undi menolak dan seorang anggota Parlimen tidak hadir. Azhar menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Sementara itu, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu selepas Nga Kor Ming meletak jawatan serta-merta.

“Oleh kerana hanya ada seorang sahaja ahli yang telah dicadangkan dan disokong untuk memenuhi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 6 (2) dibaca bersama peruntukan Peraturan Mesyuarat 4 (3). -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button