NasionalpilihanTravel

Pengecualian fi pembaharuan lesen pengusaha dan pemandu pelancong dilanjutkan

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merupakan agensi Kerajaan yang menguatkuasakan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan PeraturanPeraturan. Antara bidang kuasa MOTAC dalam menguatkuasakan Akta 482 ialah melesenkan Pengusaha-Pengusaha Pelancongan di bawah Seksyen 5 dan Pemandu Pelancong di bawah Seksyen 21.

Atas keprihatinan MOTAC terhadap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang masih lagi terkesan susulan impak pandemik COVID-19, MOTAC telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula dari 30 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada bantuan sokongan daripada Kerajaan bagi membantu kelangsungan perniagaan dan membantu syarikat untuk bangkit semula meneruskan perniagaan susulan penularan wabak COVID-19.

PELANCONGAN DIGITAL

Dengan pelaksanaan pelanjutan inisiatif ini, MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak untuk mengambil peluang ini untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian ini dapat dinikmati. Pengecualian fi pembaharuan lesen sehingga 31 Disember 2021 telah melibatkan 3,419 buah syarikat pengusaha pelancongan yang berjumlah RM5,676,700.00.

Pihak Kementerian turut menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan kepada perundangan sedia ada. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button