Nasional

Pengasuh sumbat bayi lapan bulan dengan botol susu, ditekup bantal hingga maut

SEORANG bayi berusia lapan bulan telah ditekup dengan bantal dan disumbat botol susu hingga maut di sebuah taman asuhan di Taman Kelemak Utama Alor Gajah, Melaka.

Bapa kepada bayi itu, Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim berkata, ketika kejadian beliau sedang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi.

Katanya, beliau dihubungi oleh isterinya kira-kira pukul 9 pagi memaklumkan menerima panggilan daripada pihak taska bahawa anak tunggalnya tidak sedarkan diri.

Menurut beliau, apabila isterinya Sabrina hakiem Zaini, 39, sampai di taska berkenaan, didapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.

“Anak saya dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal,” katanya katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka.
Mohd Fikry memberitahu, beliau bertanya kepada pihak taska namun mereka gagal memberi sebarang alasan, sebelum melihat sendiri rakaman kemera litar tertutup.
“Saya mula-mula boleh terima kalau anak saya meninggal sebab tersedak susu atau jatuh sebab di luar kawalan… kita tidak tahu kan… tetapi saya terkejut apabila (rakaman) CCTV tunjuk semua benda (penderaan) ini dibuat sendiri oleh salah seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun yang jaga dia.
“Itu memang saya tak boleh terima dan saya harap benda ini diambil tindakan supaya tak jadi pada orang orang lain… lebih-lebih lagi apabila saya lihat sendiri rakaman CCTV itu dengan pihak polis,” tambahnya.
Beliau juga tidak menyangka taska berkenaan tidak mempunyai lesen operasi yang sah memandangkan pusat asuhan itu sudah lebih empat tahun beroperasi di taman perumahan itu, selain tidak pernah berlaku kes seumpama itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button