Pemuda DAP ‘gotong-royong’ bubuh tulisan Cina pada papan tanda
SAYAP Pemuda DAP Kuching (DAPSY Kuching) bergotong-royong menampal tulisan Cina pada beberapa batang jalan di ibu negeri Sarawak itu.
Dalam perkongsian di Facebook DAP Sarawak, kelihatan beberapan anak muda DAP yang diketuai Chan Kwok-yang menampal tulisan Cina di Jalan Green Hill, Lebuh Wayang dan Jalan Main Bazaar.
Menurutnya, DAPSY Kuching memasukkan karakter Cina pada papan tanda jalan itu kerana telah ‘ditinggalkan’ oleh Dewan Bandaraya Kuching atas beberapa senan.
“Hari ini, ditemani oleh Chan Kwok-Yang, Kumpulan Pemuda dan pasukannya pergi ke Hai Lip Street, Hua Hang Street dan Castle Peak Road untuk mengembalikan tanda jalan Kota Kuching dengan peranan sejarah dan budaya menjadi tanda jalan dwibahasa,” tulis kapsyen pada Facebook tersebut.
Sementara itu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada anak muda DAP tersebut atas kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh mereka
Menurut Najib sikap anak muda DAP itu amat diperlukan rakyat ketika ini.
“Ya. Walaupun hari ini cuti umum, tengoklah. Anak muda DAP tetap meluangkan masa berkhidmat untuk rakyat.
“DAP mengambil inisiatif sendiri meletakkan tulisan Cina di papan tanda jalan raya tadi.
“Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada DAP kerana inilah yang amat diperlukan rakyat ketika ini.,” kata Najib secara sinis.-SM