Politik

PKR guna lambang sendiri pada PRN Sabah

PKR akan menggunakan lambang sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung  hujung bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Ada cadangan (PH, Warisan guna 1 lambang), tetapi PKR memutuskan untuk menggunakan lambang PKR,”katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis kemasukan ahli baru PKR di Port Dickson hari ini.

Sebelum ini , Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional, Khairuddin Daud mencadangkan semua parti gabungan PH iaitu Amanah, DAP, PKR dan UPKO  mencadangkan agar mereka menggunakan satu logo, iaitu lambang parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Penggunaan lambang Warisan itu sebagai mendokong kepimpinan Ketua Menteri interim, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Penggunaan satu logo itu boleh dianggap sebagai tanda kesatuan semua parti yang menyokong kepemimpinan Warisan di Sabah.

Khairuddin yang juga Ketua Pemuda Amanah Sabah menambah, cadangan tersebut juga bagi menunjukkan solidariti parti-parti sekutu Warisan dalam mempertahankan mandat yang diberikan oleh rakyat Sabah pada pilihan raya umum lalu, sekali gus menolak pemimpin politik yang tidak berprinsip.

“Penggunaan logo parti Warisan ini adalah sebagai kesatuan dan sokongan tidak berbelah bagi PH kepada parti Warisan Sabah dalam PRN negeri itu,” kata Khairuddin.

Sementara itu Anwar berkata, rundingan akan dibuat secara adil dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan plus dan PKR akan mempertaruhkan calon berwibawa dalam PRN Sabah.

“Tradisi rundingan diteruskan supaya ada konsensus, pembahagiaan adil dan PKR akan tentukan calon kita berkelayakan dan berwibawa,”katanya.-SM

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button