Nasional

Pemohon RMR boleh pilih enam model rumah berkeluasan 900 hingga 1,000 kps

Pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) kini boleh memilih sendiri enam model baru RMR yang ditawarkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Rekabentuk baharu berkonsepkan kontemporari ini adalah lebih menarik dan mampu memberikan keselesaan kepada semua pemohon RMR.

Antara reka bentuk baharu yang diperkenalkan adalah jenis bertiang berkeluasan 900 kaki persegi (kps) dengan 3 bilik dan 2 bilik air.

Dengan pertambahan 6 rekabentuk baharu RMR ini, SPNB yakin dapat memberikan nafas baru dengan menawarkan lebih variasi pilihan rekabentuk kepada pemohon RMR berbanding hanya 2 reka bentuk sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen Isnin, selain 6 reka bentuk baharu, terdapat penambahbaikan ke atas polisi perlindungan insuran RMR sedia ada dengan penambahbaikan perlindungan ke atas permohonan baru RMR.

“Selain perlindungan kebakaran dan banjir, pemohon akan turut menerima perlindungan kemalangan, badal haji, khairat kematian dan juga kos penghospitalan sebanyak RM100 sehari.

“Antara kelayakan pemohon RMR adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, mestilah berumur 18 tahun ke atas, pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas dengan gadaian / bebanan / sekatan / keatasnya dengan keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600kps (tertakluk kepada rekabentuk).

Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen Isnin.

“Bagi pemohon bukan tuan rumah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah,” katanya selepas Majlis Lawatan Rasmi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Ibu Pejabat SPNB.

Turut hadir ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin, Timbalan Menteri, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dan Ketua Setiausaha, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.

Menurut Hasleen, bagi permohonan dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.

Manakala bagi permohonan dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

“SPNB kini dalam peringkat akhir mendapatkan kelulusan dari Kementerian Kewangan untuk menaikkan syarat had kelayakan pendapatan asal bulanan seisi rumah dari RM 3,000 ke RM 5,000.

“Ini bagi memenuhi jurang permintaan perumahan dan sejajar dengan semakan semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) oleh kerajaan di mana garis pendapatan baru B40 adalah pada paras RM4,850,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 47,153 unit RMR telah berjaya disiapkand iseluruh negara sehingga kini.

Pada tahun 2021, SPNB telah diamanahkan oleh kerajaan untuk membangunkan 3,000 unit rumah RMR dimana 749 unit kini sedang dalam pembinaan dan 1,531 unit lagi dalam peringkat menandatangani dokumen perjanjian. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button