Peminat K-Pop ‘meroyan’, Moonbin ASTRO disyaki tamatkan riwayat diri sendiri
Salah seorang bintang K-Pop, Moonbin ASTRO disyaki meninggal dunia akibat bunuh diri sebelum menjayakan konsert jelajah ‘Diffusion’ di Macau dan Taipei pada 22 dan 30 April depan.
Menurut Yonhap News, balai polis Seoul Gangnam memaklumkan Moonbin mungkin membunuh diri pada 18 April dan disahkan meninggal dunia pada 8.20 malam waktu Korea Selatan.
Pengurus Moonbin ASTRO adalah orang pertama yang menyedari perkara itu lalu melaporkannya kepada pihak polis dan ketika ini, kerja siasatan mencari punca kematian dilakukan.
“Kemungkinan Moonbin bunuh diri. Saat ini kami sedang berbincang mengenai kemungkinan autopsi untuk menentukan penyebab pasti kematiannya,” ujar jurucakap polis.
Fantagio, syarikat pengurusan kepada artis-artis K-Pop mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemergian Moonbin ASTRO dan memohon orang awam tidak membuat spekulasi negatif.