Ekonomi

Pemegang saham SSF lulus resolusi utama dalam AGM

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2024 – SSF Home Group Berhad (“SSF” atau “Kumpulan”), peruncit peruncit terkenal dalam perabot, hiasan rumah dan produk kediaman,

mengumumkan pemegang sahamnya telah meluluskan resolusi utama di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) yang diadakan hari ini.

Para pemegang saham meluluskan resolusi utama yang termasuk penerimaan pakai Penyata Kewangan Beraudit untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2024, dan pemilihan semula pengarah.

Mesyuarat itu juga menyaksikan kelulusan penerbitan saham baharu dan langkah penting lain yang bertujuan untuk mengekalkan trajektori pertumbuhanKumpulan dan meningkatkan nilai pemegang saham.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif SSF Home Group Berhad Wong Choong Loong, berkata
syarikat berterima kasih atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan oleh para pemegang saham.

“Hari ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian kami yang lalu tetapi ia juga batu loncatan dengan 43 kedai di seluruh negara, termasuk yang terbaharu di Danga Utama, Johor Bahru, perjalanan pertumbuhan dan inovasi kami berterusan, kami melangkah dengan yakin ke masa depan yang penuh dengan peluang dan kejayaan,” katanya di sini hari ini.

Choong Long menambah SSF akan terus menumpukan pada mengembangkan jejak runcitnya dan memanfaatkan platform dalam taliannya untuk mencapai pangkalan pelanggan yang lebih luas.

Kumpulan kekal optimistik tentang masa depannya, disokong oleh inisiatif strategiknya dan model operasi yang mantap.

Pada pukul 5 petang hari ini harga saham SSF ditutup pada RM0.33 dengan modal pasaran sebanyak RM264.0 juta.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button