AgamaNegeriRencah Hidup

Pembukaan Masjid Ibadurrahman di Phnom Penh penuhi impian penyumbang

MASJID Ibadurrahman, Chroy Metrey di Phnom Penh, Kemboja yang siap dibina dan dirasmikan penggunaannya Sabtu lalu oleh RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail diharap dapat memenuhi impian para penyumbang dan pemegang taruhnya.

Selain daripada membawa manfaat kepada semua, masjid tersebut tersergam gah dan indah atas sumbangan Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia dan Koperasi Muslim Kemboja dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar selepas menghadiri majlis makan malam di salah sebuah restoran di Phnom Penh, Kemboja.

Menurut Baginda, ‘Dahulunya masjid adalah rumah untuk beribadah dan madrasah untuk mengenali ilmu, tempat kaum Muslimin bertemu dan berpisah.

“Di dalam masjidlah mereka saling mengenal satu sama lain untuk kemudian saling mencintai,” titah Baginda.

Baginda bertitah, di dalam masjidlah mereka mengumpulkan bekal kerohanian, cahaya ilmu, serta kuatnya keyakinan. Di situlah hati mereka selalu tertambat, dan kesanalah jiwa mereka selalu kembali.

Masjid juga lebih mereka cintai daripada rumah dan harta mereka. Mereka tidak pernah merasa jenuh untuk berlama lama duduk di dalamnya, mereka tidak pernah merasa bosan untuk sentiasa mengunjunginya, walaupun jarak jauh menghalangi.

Mereka sentiasa mengharapkan pahala dari setiap langkah yang mereka langkahkan, memetik manfaat dari setiap waktu yang mereka habiskan di dalamnya, dan berlumba-lumba untuk segera mendatanginya. Inilah keadaan generasi Salaf dengan masjid.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menghadiri majlis makan malam di salah sebuah restoran di Phnom Penh, Kemboja yang dihadiri sama oleh
Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan merangkap Menteri Kanan Yang Bertanggungjawab Bagi Tugas-Tugas Khas – Hal Ehwal Agama Islam negara berkenaan.

Hadir sama ialah Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim,

Othsman mempersembah maklumkan kepada Baginda bahawa Kerajaan Kemboja telah melantik cukup banyak jawatan tinggi Kerajaan dari kalangan umat Islam.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat ke majlis makan malam di salah sebuah restoran di Phnom Penh, Kemboja.

Pada masa ini beliau sendiri sebagai Menteri Kanan sejak 20 tahun yang lalu, Ahli Parlimen 8, Senator 2, Timbalan Menteri 19, Ketua Setiausaha 39 dan Timbalan Gabenor 12, selain Timbalan Ketua Daerah 51 orang.

Untuk rekod, sumber ekonomi utama negara Kemboja pada ketika ini ialah dalam sektor pertanian, tekstil, hasil bumi dan pelancongan. – SM

BACA Masjid medan bagi mengumpulkan bekal kerohanian – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button