Politik

Pembangkang tidak ada majoriti untuk jatuhkan Muhyiddin

TUN Dr. Mahathir Mohamad tidak fikir pembangkang mempunyai majoriti untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Parlimen kembali bersidang.

Tetapi pada masa sama kata bekas Perdana Menteri itu, Muhyiddin tidak boleh menggunakan darurat untuk terus berkuasa.

“Mungkin mereka (pembangkang)  tidak (menjadi kerajaan). Tetapi adalah salah bagi Muhyiddin menggunakan keadaan darurat untuk kekal sebagai perdana menteri,” katanya dalam dialog dengan Majlis Profesor Negara petang ini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada pembangkang boleh berkuasa jika Perikatan Nasional (PN) tidak lagi mempunyai majoriti.

Kenyataan Dr. Mahathir itu muncul beberapa jam selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa PN tidak memiliki majoriti untuk mengurus negara ini, “hingga terpaksa membeli beberapa anggota parlimen.”

Anwar mengatakan demikian setelah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong keluar dari PKR dan berjanji akan menyokong Muhyiddin.

Semalam, Muhyiddin menegaskan dia memiliki majoriti, dengan mengatakan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) pentadbirannya telah disetujui sebanyak 27 kali.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button