Negeri

Pemangku Raja Perlis ketuai kayuhan Mega Peduli Merdeka

KANGAR 28 Ogos – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengetuai Kayuhan Mega Peduli Merdeka yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kangar.

Baginda selaku Yang DiPertua MAIPs turut diiringi oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Rose Aza Che Ariffin serta ketua-ketua jabatan dan agensi negeri Perlis.

Kayuhan amal ini bertujuan untuk mengenal pasti golongan yang kurang bernasib baik, menyelami masalah serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi membantu para asnaf ini untuk merubah kepada kehidupan yang lebih baik dan keluar dari lingkaran kemiskinan.

Sempena program ini Tuanku Pemangku Raja Perlis berkenan untuk menyerahkan sumbangan daripada MAIPs kepada asnaf yang terpilih iaitu Nur Mohamad Asraf Mohamad Sukri, 13 tahun dari Kampung Bakau, Muiz Jabal Abdul Halim, 11 tahun dari kampung yang sama dan Mohd Syazwan Aiman Mohd Shafie, 14 tahun dari Kampung Padang Behor.

Anak-anak ini menerima bantuan wang tunai sebanyak RM700 setiap seorang, bantuan Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah bagi mengurangkan beban serta menampung keperluan harian keluarga mereka.

Tuanku SyedFaizuddin Putra berkenan mengadakan lawatan ke Tapak Pembinaan Pembinaan Baharu Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang sedang dibangunkan di Guar Syed Alwi. Projek ini telah siap sebanyak 69.85% setakat bulan Ogos 2024 yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan merangkumi blok pentadbiran, dewan serbaguna, surau, dan beberapa fasiliti-fasiliti utama yang lain.

Tuanku Pemangku Raja turut meluangkan masa singgah di Faizuddin Center of Educational Excellence (FCoEE), yang terletak di Lorong Seruling, Jalan Raja Syed Alwi, Kangar. FCoEE telah melaksanakan 43 program berimpak tinggi yang melibatkan pelajar dan golongan asnaf. Antara program yang telah dilaksanakan termasuklah memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi kecerdasan buatan (AI), melaksanakan Program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar serta beberapa program lain.

Tiga persinggahan terakhir ialah di Restoran Anjung Keli Perlis, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Perlis dan juga VRO Techno Hub Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button