Acara

Pemangku Raja Perlis bermesra anak kariah Masjid Al-Hidayah Kaoseng

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meluangkan masa singgah beramah mesra dengan anak kariah Masjid Al-Hidayah Kaoseng, di wilayah Songkhla, Thailand baru-baru ini.

Keberangkatan Baginda dan delegasi dari pasukan kayuhan berbasikal TTG Kuala Lumpur itu disambut oleh Tuan Imamnya, Haji Lasi Chanpradit serta ahli-ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Di majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan Bubur Asyura Sempena Awal Muharam sumbangan ahli rombongan Baginda dengan kerjasama Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla untuk dikongsikan bersama dengan penduduk setempat.

Tuanku Pemangku Raja turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta sumbangan ikhlas hasil kutipan di kalangan para peserta yang mengambil bahagian.

Mantan Pengerusi Bukan Eksekutif DRB-HICOM, Tan Sri Datuk Sri (Dr) Haji Mohd Khamil Jamil dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman menyampaikan ucapan bagi mewakili para tetamu yang hadir kepada pihak tuanrumah.

Turut hadir di program tersebut ialah atlet-atlet berbasikal Perlis yang sedang membuat persiapan di negara jiran tersebut bagi mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia di Sarawak tidak lama lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button