KemalanganNasionalNegeri

Pemandu maut tercampak treler langgar pokok

SEORANG pemandu treler maut selepas tercampak dari trelernya yang hilang kawalan lalu melanggar sebatang pokok di KM71.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Kluang, Johor, semalam.

Ketua Polis Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 9.44 malam menyebabkan mangsa yang dikenali sebagai Zulkifli, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Bahrin berkata, hasil siasatan mendapati treler dipandu mangsa datang dari arah Johor Bahru menghala Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan serta melanggar pokok di sebelah kiri jalan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaan treler remuk teruk pada bahagian hadapan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, kes kemalangan maut itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Nizar Ma’mun berkata, 12 anggota dari BBP Renggam dan Ayer Hitam dikejarkan ke tempat kejadian dengan dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Mangsa yang tercampak keluar dari treler disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 10.20 malam,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button