Pemain bola sepak terima kewarganegaraan Malaysia – ramai netizen tidak berpuas hati
PEMAIN bola sepak dari Britain, Sergio Aguero, 28, yang mewakili pasukan Sri Pahang mengumumkan secara rasmi melalui laman media sosialnya Instagram @aguero.sergio16 mendapat kewargenegaraan Malaysia.
Menurutnya, dia telah menerima kerakyatan tersebut pada 16 September lalu dan turut berbangga menjadi rakyat negara ini.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Seri Pahang FC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab tersebut kerana banyak membantu dalam proses untuk mendapatkan warganegara.
“Kuantan adalah tempat yang istimewa untuk saya dan keluarga, saya berhasrat untuk tingal lama di sini, saya juga sudah jatuh hati pada orang sini serta makanan secara tidak langsung kami merasa tenang di sini.
“Tiada perkataan bagi menggambarkan betapa gembiranya saya, tidak sabar untuk menyarung jersi emas dan biru dalam Piala Malaysia,” luahnya.
Manakala menurut sumber dari Twitter, netizen mengkritik sekeras-kerasnya dan mempersoalkan betapa mudahnya pemain bola sepak luar negara untuk mendapat kerakyatan sedangkan masih ada rakyat Malaysia yang bersusah payah untuk mendapatkannya.
Ada juga mengatakan bahawa Malaysia lebih mementingkan warga asing dari rakyat sendiri yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan pula kelayakan mereka untuk mendapat kewarganegaraan dan membandingkan situasi mereka itu bersama anak Malaysia yang dilahirkan di luar negara.
Namun menurut profil Sergio mula bermain di Malaysia sejak tahun 2016 dan ia bermaksud beliau berada di Malaysia selama enam tahun sahaja.
Untuk info, menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dibawah Perkara 19(3), untuk seseorang itu mendapat kewarganegaraan Malaysia, mereka haruslah menetap di Malaysia tidak kurang daripada 10 tahun ke 12 tahun termaksuk 12 bulan terdahulu pada tarikh permohonan itu dikemukakan.-SM