Nasional

Peluang pekerjaan dengan gaji yang layak

Kejayaan pembaharuan struktur ekonomi perlu dihitung setakat mana ia mampu mewujudkan lebih banyak pekerjaan dengan gaji yang bermakna kepada rakyat Malaysia.

Kadar upah dan gaji buruh berbanding jumlah keseluruhan pendapatan di Malaysia adalah sebanyak 32.4% bagi tahun 2022.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi mencapai perkongsian ekonomi yang lebih seimbang, Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45% selaras dengan tahap negara lebih maju.

“Antara usaha termasuklah kajian semula tahap gaji minimum serta memperkenalkan undang-undang yang menjamin persekitaran kerja yang selamat dan selesa.

“Selain pelaksanaan gaji minimum, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia sedang memperhalusi SEMAK EMBARGO MENGIKUT PENYAMPAIAN SEHINGGA DISAMPAIKAN 24 model gaji progresif ke arah kenaikan pendapatan yang lebih terangkum.
“Peningkatan pendapatan selaras dengan produktiviti adalah kritikal bagi memastikan tahap kualiti hidup yang bermakna dalam menangani cabaran kos sara hidup. “ katanya semasa majlis Ekonomi MADANI, memperkasakan Rakyat di Suruhjaya Sekuriti Malaysia.

Tambahnya lagi, Malaysia perlu mengurangkan pengambilan pekerja asing yang kurang mahir.

“Kita juga perlu mengurangkan kebergantungan pada buruh asing kurang mahir yang menyumbang kepada nilai gaji keseluruhan yang rendah.

“Ini juga mengurangkan moral dan insentif majikan untuk berinovasi dan meningkatkan tahap berdaya saing.” Jelasnya.

Kerajaan berhasrat melaksanakan levi pekerja asing berperingkat (tiered foreign worker levies), iaitu sebahagian peningkatan hasil levi akan dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button