Politik

Pelompat parti boleh sertai parti lain lawan UMNO

PELOMPAT parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 boleh bertanding kerusi sama tetapi lawan UMNO.

Ini kerana susulan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Mersing, Dr. Abdul Latiff Ahmad, menghina parti tiketnya bertanding pada PRU-14 baru-baru ini.

“Abdul Latiff antara pilot yang perlu mengembalikan jetnya kepada UMNO.

“Saya sarankan beliau buka akaun Twitter, Facebook dan Instagram agar dapat membaca serta melihat sokongan ahli UMNO.

“Selain itu, melihat sokongan rakyat dan netizen terhadap tingkah lakunya.”

Demikian luahan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin dipetik portal MalaysiaGazette semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyifatkan hati UMNO Sabah ‘terguris’ dan meminta Menteri Pembangunan Luar Bandar, itu meminta maaf.

“Abdul Latiff mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati UMNO Sabah.

“Beliau lahir dari kilang UMNO, tetapi hari ini menghina UMNO antara produk yang rosak.

“Lebih baik beliau lepaskan jawatan sebagai menteri, sebab tidak sensitif dengan perasaan rakan kongsi yang bersama membantu membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Semalam, Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing itu mendakwa, UMNO Sabah sudah tidak laku lagi kerana ramai ahlinya telah menyertai parti Bersatu.

“Saya orang yang melompat, teruk juga saya kena kutuk. Biasa la tu, kalau tak nak (lompat), tak payah masuk politik.”

Kata Abdul Latiff dalam rakaman video yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Musliati mahu kepimpinan UMNO mengambil semula 55 kerusi parti itu yang ditinggalkan pemimpinnya kerana lompat ke parti lain pada PRU-15 akan datang.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menyokong kenyataan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamdi supaya kerusi Mersing kekal ditandingi BN.

Sokongan itu dilakukan menerusi ulang ciapan Ahmad Zahid di Twitter bagi berhubung satu kenyataan sindiran yang dikeluarkan  Abdul Latiff. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button