Kotak Pelitup Muka Simply K Tanpa SIRIM Tetap Tak Berguna Walaupun Ada Muka Nurul Zahid
Bayangkan anda sedang membaca artikel ini pada 4 Julai 2022 dan pada tarikh ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah pun mewartakan satu sejarah.
Ia berkait dengan pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.
Pada ketika itu, Malaysia sudah pun berada dalam fasa endemik dengan pelbagai kelonggaran kerana peratus rakyat Malaysia yang mengambil vaksinasi dan dos penggalak berapada pada tahap memuaskan.
Dalam bulan April, Mei dan Jun, nasib kotak atau bungkusan pelitup muka tanpa penandaan MS SIRIM terlalu banyak dalam pasaran, nak buang sayang, stok banyak, modal sudah dihabiskan.
Pada ketika itu, letakkan pelitup muka dengan wajah Datuk Nurul Zahid yang merupakan duta bagi jenama Simply K sekali pun, pelitup muka yang dipakai tidak memberi apa-apa makna.
Hal ini KPDNHEP meletakkan penegasan pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat.
Lainlah KPDNHEP ada keluarkan kenyataan:
- Mana-mana pelitup muka yang sudah ada dalam pasaran, boleh terus dijual sehingga habis namun mana-mana pengilang atau pengimport yang ingin menjual stok baharu, perlulah permohonan perakuan dan meletakkan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna berkuat kuasa 4 Julai 2022 atau
- Mana-mana stok pelitup muka yang ada dalam pasaran perlulah ditarik semula serta merta dan KPDNHEP akan menyediakan bajet khas kepada pengilang dan pengimport yang mengalami kerugian akibat daripada pewartaan baharu ini
Boleh dikatakan sehingga setakat ini, kenyataan penguatkuasaan itu terlalu dasar dan tidak diperincikan selain menimbulkan banyak kekeliruan.
Namun demikian, segalanya masih ada masa kerana mujurlah realitinya kita sedang membaca artikel ini dalam bulan April. Tidak salah untuk u-turn, asalkan jangan disumpah seranah netizen!