Nasional

Pelancong domestik dijangka kembali ke Perlis selepas PKP

Negeri Perlis memiliki pelbagai lokasi menarik, cantik dan mempesona yang menjadi daya tarikan pelancong.

Justeru, para pemilik dan pengusaha tempat-tempat pelancongan di negeri ini diseru agar memastikan semua SOP di tempat tersebut dipatuhi dan terus diamalkan.

Selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti merentas negeri akan kembali dibenarkan dan dijangkakan lebih ramai pengunjung domestik akan datang melawat Perlis kali ini.

Oleh yang demikian, para pengunjung yang ingin bercuti ke negeri ini dipohon agar sentiasalah mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan sepanjang percutian mereka di sini selain mempraktikkan amalan 3W, serta mengelakkan 3S.

“Tinggal atau menginaplah sama ada di hotel mahupun di homestay dan bukannya di rumah sanak saudara. Ini bukanlah kerana tidak sudi bertandang ataupun tidak sayang kepada keluarga, tetapi semua ini perlu dilakukan bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan mengelakkan berlakunya penularan di kalangan ahli keluarga yang disayangi”.

“Ini kerana didapati kebanyakkan kes positif Covid-19 di negeri Perlis ketika musim cuti persekolahan pada penghujung 2020 yang lalu dan pada awal tahun ini adalah disebabkan kegagalan dalam melaksanakan SOP dengan baik oleh sebahagian mereka yang datang dari luar Perlis ketika bersama-sama di rumah saudara mara di sini”.

Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat bagi menyaksikan dan mencuba sendiri tarikan terbaharu di sini iaitu ‘beca riadah’ yang baru sahaja ditempah khas dari Melaka oleh pihak Ummul Travel and Tours Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di sebelah Masjid Negeri Arau.

Berangkat sama ke Dataran Majlis Istana Arau tersebut ialah anakanda-anakanda baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

‘Sepertimana negeri-negeri lain, Perlis juga tidak ketinggalan mengalu-alukan para pelancong yang bukan dari zon merah untuk datang ke negeri ini apabila kebenaran diberikan kembali kelak. Namun begitu, bagi para pelancong dari zon merah, mereka dikehendaki menjalani proses kuarantin terlebih dahulu sebelum memulakan percutian”, tegas baginda.

Pada masa yang sama, lakukanlah perjalanan menggunakan kenderaan persendirian bagi mengelakkan kesesakan dalam pengangkutan awam.

Sementara itu, bagi yang berhasrat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ‘Beca Riadah Arau’ tersebut boleh menghubungi 019-4643321 (En Rizwan) atau 04-9863321 (Pejabat).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button