Pelajar universiti tiada softskill cari makan, rela menangis asalkan depan TikTok
Seorang pelajar UiTM Segamat pilih menangis depan TikTok berbanding fikirkan jalan untuk cari makanan pada saat kafe di universiti berkenaan tidak beroperasi.
Tindakannya itu juga membuktikan ‘generasi lembik’ yang akan menjadi tonggak utama negara beberapa tahun lagi semakin terserlah dan bilangannya bukan sedikit.
Maka perkara ini tidak perlu pun diatasi kerana sistem universiti kebanyakannya cuma melahirkan produk kilang kononnya untuk memenuhi permintaan pasaran.
Namun hakikatnya, rohani dan sahsiah manusia yang menjadi pelajar di peringkat tertinggi diabaikan dan harap boleh jadi hebat menerusi satu dua program kecil.
Permasalahan ini terjadi kerana sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga seseorang anak itu tidak mampu untuk meneruskan survival.
Sebaliknya lebih selesa untuk menangis di hadapan TikTok meluahkan perasaan dan menyalah pihak lain termasuk universiti atas kebebalan didikan dari rumah.
Paling memalukan, pihak universiti sebenarnya ada menyediakan makanan kepada pelajar yang mempunyai masalah ketiadaan duit dan sebagainya.
Namun bagaimana generasi lembik yang menggunakan nama @bayinuckal ini boleh tidak tahu dan sewenang-wenangnya memfitnah universiti sebagai tidak berhati perut?
Kemudian tanpa rasa bersalah membuat permohonan maaf secara terbuka kononnya berlaku salah faham dan masalah itu hanya berpunca daripada dirinya.