Nasional

Pelajar Islam tolak pingat emas setelah dihalau dari majlis konvokesyen

SEORANG pelajar Islam dari Universiti Pondicherry di Puducherry, India, menolak anugerah pihat emas yang sepatut diterimanya pada majlis konvokesyen sebagai protes – selepas dilayan seperti seorang yang disyaki oleh polis kerana memakai tudung.

Walaupun President India, Ramnath Kovind menjadi tetamu utama pada majlis itu, kebanyakan pelajar telah bertindak untuk memulaukan majlis itu sebagai bantahan terhadap CAA.

Rabeeha Abdurehim, pelajar Komunikasi Massa pula telah diminta keluar daripada majlis konvokesyen tersebut kerana ‘kelihatan mencurigakan’ – diikuti dengan tindakan polis yang yang meminta dia membuka tudung.

Rabeeha dan beberapa pelajar diminta meninggalkan majlis itu kerana polis mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan,

News7 melaporkan, dia diminta membuka tudung tetapi Rabeeha enggan, dan mereka diminta duduk di luar.

“Saya dihalau daripada majlis konvokesyen saya sendiri,” kata Rabeeha.

Hanya, selepas Presiden meninggal majlis itu barulah Rabeeha dibenarkan masuk ke auditorium untuk menerima ijazahnya.

Apabila dia naik ke pentas, tetamu kehormat di atas pentas mahu mengalungkan Rabeeha dengan pingat emas, tetapi Rabeeha memberitahu tetamu itu, dia tidak mahu menerima pingat tersebut.

Dia hanya menerima ijazahnya, bergambar dan turun dari pentas.

“Saya menolak pingat ini sebagai tanda solidariti dengan pelajar-pelajar lain yang membantah tindakan CAA di seluruh negara. Juga sebagai membantah tindakan kejam polis terhadap pelajar terbabit.

“Malah saya juga menolaknya kerana hari ini saya ditendang keluar daripada majlis konvokesyen saya sendiri kerana polis menyangka saya ini mencurigakan.

“Mereka meminta saya melakukan sesuatu yang saya tidak akan lakukan, jadi saya tolak pingat itu hari ini,” katanya.

Perkara itu sangat memberi kesan kepada pelajar yang berasal dari Kerala itu.

“Ini merupakan detik yang saya impikan, iaitu saya akan menerima pingat emas dan ijazah sarjana. Tidak pernah saya terfikir ia akan berakhir seperti ini yang mana saya dapatkan sebarkan mesej keamanan ke seluruh India.

“Sebagai seorang perempuan dan seorang pelajar, dan sebagai rakyat India, hari ini pada konvokesyen saya, saya menolak pingat emas yang dianugerahkan kepada saya sebagai tanda solidariti dengan semua pelajar dan rakyat India yang menentang CAA dan NRC di India.

“Ini merupakan satu cara untuk saya menunjukkan apa makna pendidikan kepada remaja, bukan medal dan sijil tetapi mempelajari mesej perpaduan, keamanan dan berdiri menentang ketidakadilan, fasisme dan ketaksuban.

“Walaupun saya dihalau keluar dari auditorium di mana beratus pelajar duduk menunggu pingat mereka ketika presiden datang dan hanya dibenarkan masuk selepas dia pergi, saya merasa tenang kerana saya mampu berdiri sebagai remaja yang berpendidikan,” tulis Rabeeha dalam facebooknya.

Bukan Rabeeha sahaja yang memutuskan untuk menolak pingat. Beberapa pelajar terlebih dahulu mengisytihar bahawa mereka akan boikot majlis itu kerana dihadiri oleh presiden dan berkata mereka tidak akan menerima ijazah dari tangannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button