Politik

Peja yang panggil Tun Mahathir “daddy” pun boleh ‘pergi’…

SETIAUSAHA Agung Parti BERSATU, Datuk Marzuki Yahya mengakui banyak perkara yang tidak disangka-sangka berlaku sehingga beliau seakan tidak percaya mereka yang dilihat begitu setia dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad pun sanggup meninggalkan Pengerusi BERSATU itu.

“Peja (Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ) yang panggil Tun “daddy” pun boleh pergi (ke Perikatan Nasional).

“Pak Wan (Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Tugas-Tugas Khas) bukan politician…ini dia mengaku tapi mungkin kerana (kejar) kedudukan, dia pun pergi.

“Parti BERSATU pula di’checkmate’ oleh Tan Sri Muhyiddin…kita pandang atas (Dr Mahathir selaku Pengerusi) tapi di sisinya, kita `terlupa’ (dengan presiden)…,” kata Marzuki kepada SUARA MERDEKA malam tadi.

Bagaimanapun, kata Marzuki lagi, masih ada ruang untuk mereka yang meninggalkan Dr Mahathir untuk kembali semula memperbaiki dan memperkuatkan parti.

“Setiap orang ada buat kesilapan…tapi masih boleh diperbaiki. Kembalilah kepada keputusan asal kita yang masih dengan Pakatan Harapan (PH).

“Ingatlah! kita tidak akan dapat mandat kita (daripada rakyat) dalam PH kalau kita tidak bersama Tun Mahathir. Kita bukan YB (Yang Berhormat) dengan menang bertanding (dalam pilihan raya umum ke-14) kalau bukan bersama Tun Mahathir,” katanya.

Mengenai perpecahan BERSATU yang kini terbahagi kepada kem Dr Mahathir dan kem Muhyiddin, beliau turut melahirkan kebimbangan dengan hala tuju parti yang tidak ada naratif yang jelas.

“Ini kerana ia terkait dengan kedudukan kerajaan sekarang…kononnya berada dalam Perikatan Nasional tetapi perikatan ini tak wujud seperti diakui oleh presiden UMNO dan timbalan presidennya.

“Ini bermakna BERSATU sudah pun terpinggir, lantas memberi kesan buruk pada PRU-15 nanti,” kata beliau.

Marzuki juga menegaskan bahawa  Dr. Mahathir masih ada kekuatan.

“Kelmarin saya berjumpa dengan beliau pun masih bawa (memandu sendiri) keretanya. Tak nampak beliau down tetapi still energetic (masih bertenaga) dan turut terima tetamu.

“Cuma apa yang beliau lakukan sekarang ini adalah untuk membawa usul tidak percaya (terhadap Muhyiddin),” katanya.

Mengenai persediaan BERSATU menghadapi PRK DUN Chini pada 4 Julai nanti, Marzuki berkata:
“Muafakat Nasional akan letakkan calon mereka. Mereka tidak terkait dengan Perikatan Nasional dan jelas Muafakat Nasional (disertai UMNO-Pas) ini tidak terima BERSATU dari Perikatan Nasional. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button