Nasionalpilihan

Pegawai kerajaan maut selepas dijangkiti Covid-19 di Parlimen

SEORANG pegawai di sebuah kementerian dilaporkan meninggal dunia akiba Covid-19 dan dipercayai dijangkiti ketika berada di Parlimen baru-baru ini.

Portal berita MalaysiaNow yang memetik sumber berkata, pegawai itu sebelum ini bertugas di Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen.

“Pegawai tersebut menghadiri sidang khas yang bermula 26 Julai lepas dan kali terakhir berada di Parlimen pada 29 Julai mulai menunjukkan simptom pada 30 Julai lalu.

“Pegawai tersebut berada di Parlimen dan juga pejabat kementerian di Putrajaya sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhnya selepas terdapat beberapa kes positif Covid-19.

Pada 6 Ogos lalu, Noor Hisham memakumlah terdapat 85 kes positif Covid-19 berkaitan dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang diadakan pada 26 hingga 29 Julai lalu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button