Kesihatan

Pati Ayam BRAND’S® Essence dengan rasa lebih halus

PATI  ayam dari jenama BRAND’S® Essence kini mengeluarkan formula terbaru dengan rasa yang lebih halus, yang baru dirumus yang memberikan mereka kecergasan semasa mereka menjalani kehidupan yang sibuk.

Pati Ayam Brand’s dengan rasa baharu

Pati Ayam BRAND’S® yang baru dirumus mengekalkan produktif untuk meningkatkan metabolisme dengan mengurangkan keletihan dan meningkatkan aliran oksigen ke otak untuk kepekatan yang lebih baik.

Menurut pengurus besar Suntory Beverage and Food Malaysia, Wong Wee Leong pati ini dirumus khas untuk keluarga terutama kepada ibu-bapa yang menguruskan keluarga dan keluar bekerja selain itu juga memberikan manfaat kesihatan kepada tubuh badan.

“Di BRAND’S, kami memahami tuntutan gaya hidup pantas Malaysia dengan bekerja, komitmen peribadi, dan pelbagai tanggungjawab. Dengan formulasi baharu ini, kami yakin lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada rasa yang lebih halus. Pati Ayam BRAND’S® yang baru dirumus akan membantu memberikan rangsangan harian mereka dalam gaya hidup sibuk mereka.” Katanya semasa sesi pelancaran semalam di  Equatorial Plaza.

Dalam masa turut memperkenalkan dua orang duta, Dr Shazril Shaharuddin, juga dikenali sebagai Dr Say seorang bapa yang sibuk dan pengaruh media sosial manakala seorang lagi Chan Fong merupakan seorang DJ Radio dan usahawan.

Duta BRAND’S® Essence, Dr Say

BRAND’S® Essence of Chicken ialah makanan tambahan semulajadi. Ia adalah ekstrak ayam dalam bentuk yang mudah dihadam yang mengandungi asid amino yang mudah diserap. Proses masak dua kali unik kami pada suhu tinggi menjadikan pati kami lebih pekat. Ia kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya dan disterilkan pada suhu lebih daripada 100°C; BRAND’S® Essence of Chicken bebas lemak dan kolesterol, tinggi protein, dan tiada bahan pengawet tambahan.

BRAND’S® Essence, Chan Fong merupakan seorang DJ Radio dan usahawan.

Dengan lebih 50 kertas saintifik yang diterbitkan, BRAND’S® Essence ‘of Chicken’ adalah satu-satunya Pati Ayam yang terbukti secara klinikal untuk tubuh yang sihat dan minda yang tajam. Ia telah ditunjukkan untuk meningkatkan metabolisme dengan mengurangkan keletihan dan meningkatkan aliran oksigen ke otak untuk kepekatan yang lebih baik.

Artikle Berkaitan ;>

Fokus selesaikan masalah ekonomi! bukannya jadi juri dan kejar populariti

Berhenti akauntan ceburi ternakan ayam kampung kacuk

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button