Pasangan yang pernah tular ditangkap oleh SPRM kini fail cerai, isteri pilih untuk cerai
PASANGAN pempegaruh media sosial yang pernah kecoh ditangkap oleh SPRM kini memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.
Aisyah Hijanah, 27 enggan berkongsi lebih lanjut tentang dirinya kerana yang dilaporkan fail cerai terhadap suaminya Alif Teega.
‘’Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang.
‘’Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak ini memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.
‘’Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat.
Sekadar info, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.
Artikle Berkaitan :>
Rakaman Audio pergaduhan Aisyah Hijanah dan Alif Teega tersebar