Luar Negara

Pasangan kembar siam tertua meninggal dunia di usia 68 tahun

Pasangan kembar siam tertua di dunia iaitu Ronnie dan Donnie dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Mereka dilaporkan meninggal dunia di Dayton, Ohio pagi semalam dan disahkan oleh adik mereka yang dikenali sebagai Jim.

Menurut Jim, pasangan kembar siam itu tinggal bersama dia dan isteri di Beavercreek sejak 10 tahun lalu.

Kedua-dua kembar siam itu sebelum ini tinggal di Dayton, Amerika Syarikat dan terpaksa berpindah ke rumah Jim atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Malah, pada 2010, sebanyak 200 orang sukarelawan telah datang ke rumah Jim untuk membina ruang tambahan di rumah tersebut supaya pasangan kembar siam itu dapat tinggal dengan selesa.

pasangan kembar
Pasangan kembar siam Ronnie dan Donnie tingga di rumah adik mereka, Jim di Beavercreek, Amerika Syarikat. – Gambar Daily Star

“Saya sangat berterima kasih dengan sumbangan masyarakat setempat yang membantu perpindahan Ronnie dan Donnie ke rumah kami.

“Malah, atas usaha itu juga mereka (pasangan kembar siam) dapat tinggal selama 10 tahun bersama kami,” katanya seperti dilaporkan Daily Star.

Sementara itu, pengurus projek penambahan ruang rumah Jim, John Harkleroad berkata, kesungguhan orang ramai untuk membantu pada tahun 2010 itu sangat memberi inspirasi.

BACA> Bayi tiga bulan antara empat dikesan dijangkiti polio di Sabah, Labuan

“Macam-macam sumbangan diberikan terutamanya daripada segi tenaga kerja dan bahan binaan. Inilah erti kemanusiaan yang paling tinggi nilainya,” katanya.

Pasangan kembar siam yang bercantum di bahagian abdomen itu telah memintas jarak usia kembar siam pertama yang ditemui iaitu Chang dan Eng.

Ronnie dan Donnie menjadi pasangan kembar siam tertua di dunia sejak 2014 dan mereka cukup bangga dengan gelaran tersebut.

BACA> Berapa agaknya kekayaan Lin Dan sebelum bersara?

Malah, pasangan itu juga sentiasa memberitahu orang ramai mengenai kejayaan mereka.

Ronnie juga pernah memberitahu yang menjadi kembar siam tertua di dunia sudah lama diimpikan sejak mereka kecik lagi. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button