Pasangan ini sudah nikah, harap tiada lagi mana-mana pihak bersangka buruk
PASANGAN yang tular sebelum ini sah bergelar suami isteri, dinikahkan di Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Kuala Kedah semalam selepas solat asar dengan sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.
Mohd Azlan Ishak, 36 dan pengantin perempuan Nor Hidayu Salim selamat dinikahkan dengan sekali lafaz sahaja dengan busana serba putih.
Sementara itu Imam masjid, Muhammad Hazamer Mualim yang menikahkan pasangan terbabit mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak permudahkan pernikahan mereka.
‘’Mereka ini sudah berusaha untuk menghalalkan hubungan dan seharusnya kita menolong mereka dengan tidak berbicara yang buruk tentang status perkahwinan mereka ini.
‘’Selepas selesai urusan akad nikah ini, saya nasihatkan dia juga untuk selesaikan urusan nasab anaknya pula,” katanya.
Selepas kisah gelap dalam hidup mereka menjadi buah mulut dan kecaman dari warganet, akui kesilapan yang dilakukan namun berazam untuk membaiki kehidupan dengan lebih baik.
Azlan juga berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pihak yang bersangka tidak baik kepada keluarga.
“Saya telah menjalankan kewajiban saya sebagai orang Islam dan menghalalkan hubungan saya dengan Nor Hidayu.
“Selepas ini kami mahu tutup buku lama dan buka buku baru menjalani kehidupan kami,” katanya semasa majlis akad nikah.
Terdahulu, kisah pasangan yang tular membawa anak mereka menaiki motosikal dengan alat bantuan pernafasan khas telah mendapat perhatian ramai.
Selain Perdana Menteri Malaysia yang menghulurkan bantuan,, pasangan terbabit turut menerima sebuah kereta terpakai jenis Proton Persona bagi membolehkan mereka bergerak membawa anak-anak ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.
Artikle Berkaitan :>
Dituduh larikan diri selepas dapat bantuan, ini jawapan tuan badan