Politik

Pas perlu keluar PN

Pas perlu memenuhi tiga tuntutan daripada UMNO jika mereka ingin kembali untuk menjalin kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga tuntutan tersebut ialah keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka mufarakah seratus peratus dari PN dan Bersatu.

Menurutnya, tiga syarat tersebut dikemukakan sewaktu bertemu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara tidak rasmi baru-baru ini.

Beliau berkata, jika Pas memenuhi tuntutan tersebut barulah rundingan kerjasama dengan UMNO boleh dilakukan khususnya dalam menghadapi PRU-15 nanti.

“Selagi Pas tidak penuhi tiga tuntutan itu kita (UMNO) tidak dapat merungkaikan apa juga isu dan perkara yang menjadi perbedaan antara kedua-dua parti. Mereka mengetahuinya (tiga syarat).

“Tiga syarat itu saya maklumkan ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas. Bukan saya hendak jumpa dia tetapi dia yang hendak jumpa saya,” ujar ketika berucap merasmikan penutupan Bootcamp BNComms di Kem Permata Resorts, dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta lebih 930 peserta daripada Biro Penerangan 191 bahagian UMNO seluruh negara menghadiri program selama tiga hari bermula Jumaat berakhir hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program tersebut, Ahmad Zahid berkata, selagi Pas tidak memenuhi tiga tuntutan tersebut UMNO tidak akan mengadakan kerjasama dengan parti itu bagi menghadapi PRU-15 nanti.

Menurutnya, UMNO tidak mahu pisang berbuah dua kali apabila Pas yang dahulunya bergabung dengan UMNO sewaktu menandatangani penyatuan umah pada 14 September 2019 selepas tsunami politik yang menyaksikan BN tewas dalam PRU-14 yang lalu.

“Dulu kita bersangka baik dengan Pas selepas menandatangani piagam tersebut yang menyaksikan hasil gabungan itu kita menang tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) tetapi selepas itu lain yang terjadi,” ujarnya.

Sebelum ini Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas akan memuktamad hala tuju sama ada mengekalkan kerjasama dengan PN atau masih ada persefahaman dengan UMNO, menjelang PRU-15.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, bayangan itu diberikan oleh Presiden Pas pada pertemuan dengan kepemimpinan Bersatu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button