Politik
Pas akan bela mereka yang dizalimi – Ahmad Fadhli
PAS berkata, mereka akan membela mana-mana rakyat Malaysia yang dinafikan hak mereka, termasuk daripada kalangan pesaing politik.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dari dahulu lagi Pas sentiasa bersama-sama dengan mereka yang dizalimi.
“Pas ada kena mengena dengan semua rakyat Malaysia sebab Pas parti yang ditubuhkan di Malaysia dan sesiapa pun haknya dizalimi, walaupun namanya Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang sekali pun, kami akan turun untuk membela.
“Apa lagi Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa kepada negara ini.
“Mengikut pandangan dan penilaian kami, beliau sepatutnya diberikan haknya melalui titah Adendum yang memberikan tahanan di rumah. Jadi sangat-sangat patut kita turun bersolidariti untuk beliau.
“Pas bukan nak bercakap besar, tapi kita dari dahulu lagi sentiasa bersama-sama dengan mereka yang dizalimi. Soal takut tidak ada dalam kamus perjuangan kami.
“Dulu, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan, kita bersama dengan beliau.
“Kami juga bersama dengan Tun Dr Mahathir ketika beliau di luar kerajaan; samalah seperti hari ini untuk Najib dalam isu membela keadilan dan menentang kezaliman yang berlaku,” katanya kepada pemberita di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.