Berita

PAPUH nafikan tuduhan kartel dalam siasatan MyCC

MENURUT kenyataan media bertarikh 30 September 2024, terdapat 81 perusahaan yang menyediakan perkhidmatan kembara dan umrah sedang disiasat oleh MyCC kerana didakwa melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Pengerusi MyCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus, menjelaskan bahawa semua syarikat tersebut adalah anggota persatuan yang berdaftar di Malaysia dan telah bersetuju untuk menetapkan harga lantai bagi kedua-dua pakej umrah ekonomi dan premium dalam beberapa mesyuarat pada awal 2023.

“Persetujuan harga lantai itu juga diumumkan kepada media untuk pengetahuan awam keputusan awal yang dikeluarkan MyCC tidak boleh dianggap sebagai bukti pelanggaran Akta 712 pada peringkat ini.”

Menanggapi kenyataan tersebut, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) dengan tegas menafikan segala tuduhan yang dikenakan, termasuk tuduhan “kartel.”

Dalam kenyataan susulan, PAPUH menafikan sebarang kewujudan memorandum, perjanjian, atau persefahaman yang ditandatangani oleh mana-mana ahli semasa perjumpaan yang disebut. Menurut mereka, harga rujukan yang diumumkan bertujuan untuk memberi panduan kepada orang ramai dalam memilih pakej umrah yang sesuai dengan kemampuan mereka, selaras dengan saranan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). PAPUH juga menjelaskan bahawa harga pakej boleh berbeza bergantung kepada faktor seperti jenis hotel, tempoh tempahan, dan musim perayaan. Untuk maklumat lanjut, rujukan boleh dibuat melalui pautan: Berita Harian.

PAPUH menyangkal tuduhan MYCC yang melabelkan ahli mereka sebagai kartel, menganggapnya sebagai satu tindakan yang keterlaluan. Tuduhan tersebut menjejaskan reputasi dan kepercayaan masyarakat terhadap anggota PAPUH yang mempunyai lesen sah daripada MOTAC. PAPUH amat terkilan dengan tindakan MYCC dan berhasrat untuk mengambil langkah lanjut setelah mendapatkan nasihat perundangan.

Tambahan Dato’ Sri Haji Razali Mohd Sham, Ketua Pegawai Eksekutif PAPUH berkata, pihaknya sentiasa mematuhi peraturan yang dikelaurkan oleh MOTAC.

“81 syarikat ini adalah antara yang sentiasa mematuhi peraturan MOTAC. Mereka adalah yang pertama mematuhi arahan baru daripada MOTAC. Kami percaya ada pihak tertentu yang ingin menjatuhkan syarikat-syarikat Islam ini. Hebahan yang dikeluarkan oleh persatuan sebelum ini adalah untuk menyelamatkan industri dan jemaah daripada ditipu oleh syarikat tidak bertanggungjawab, serta mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati terhadap harga yang tidak munasabah.”

PAPUH juga menyatakan bahawa mereka telah memberi kerjasama penuh kepada sebarang siasatan yang dijalankan oleh MYCC dengan menyediakan semua dokumen yang diminta. Oleh itu, tuduhan yang dilemparkan secara tidak langsung telah menjejaskan nama baik persatuan serta syarikat-syarikat umrah yang telah dibangunkan selama puluhan tahun.

Syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh MYCC dalam kenyataan media dianggap tidak wajar, memandangkan siasatan masih berjalan.

Artikle Berkaitan :>

Muslim travel fair elak penipuan pakej Umrah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button