Alam SekitarBencana alamLuar Negara
Pantai timur Honshu, Jepun dilanda gempa 6.2 pada skala Richter awal pagi ini
PANTAI timur Honshu, Jepun bergegar dengan kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter pada pukul 1.23 pagi (waktu di Malaysia).
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gempa itu berlaku kira-kira 104 kilometer (km) timur laut dari Hachinohe, Jepun.
Bagaimanapun, gegaran itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – SM