Nasional
Trending

Pakej PRIHATIN: Anak muda berusia 18-21 tahun terpinggir

ASMAM berusia 19 tahun, seorang anak muda dari Semporna, Sabah, berhijrah ke Kuala Lumpur selepas tamat sekolah.

Di Kuala Lumpur, beliau membantu rakannya berniaga kepak ayam bakar di pasar-pasar malam.

Pada waktu sukar ini, beliau tiada lagi sumber pendapatan. Hendak dapatkan bantuan prihatin bujang, umur belum 21 tahun.

Hendak dapatkan bantuan RM200 pelajar IPT, beliau bukan pelajar mana-mana kolej.

Benar kerajaan memberi bantuan subsidi upah kepada PKS, tetapi rakannya itu tidak mendaftar syarikat.

Related Articles

Anak muda seperti beliau bukan seorang. Ramai yang dalam lingkungan usia begini sudah mula bekerja, menanggung ibu bapa dan keluarga, mengirim wang dari ibu kota ke kampung.

Ada juga yang sudah berumah tangga, tetapi bantuan untuk isi rumah mensyaratkan penerima perlu berusia 21 tahun ke atas.

Golongan ini begitu tersepit. Sekarang ‘waktu darurat’. Tafsiran bahawa golongan umur ini masih di bawah tanggungan ibu bapa tidak sesuai dipakai.

Tidak dinafikan, kerajaan hari ini begitu bersungguh dan amat prihatin rakyat dengan segala macam bantuan dan pengumuman yang baik untuk rakyat.

Saya berharap kerajaan memandang berat nasib golongan anak muda berusia 18-21 tahun ini yang benar-benar memerlukan bantuan pada saat sukar begini. Mungkin boleh diselaraskan bantuan RM200 kepada pelajar IPT, diterima juga oleh semua golongan anak muda.

Anak muda menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dengan ini, bantulah anak muda.

“Nobody left behind”

Wan Muhammad Azri Wan Deris
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
7 April 2020

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button