Otai reformis sila move on
APAKAH Otai reformis ini fikir negara ini hanya milik mereka?
Mereka harus sedar mereka tidak akan mampu menjadi kerajaan tanpa Dr. Mahathir.
Kalau hebat sangat buat saja undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, sebagaimana berlaku terhadap Presiden Amerika.
Tidak perlu ugut-ugut hanya menambah kebencian rakyat sahaja.
Memang ada perjanjian dengan Anwar, masalah rakyat tidak mahu pemimpin reformasi mereka jadi nombor satu, setidaknya pada masa ini.
Kenapa takut hendak menghadapi pilihan raya. Biarkanlah Mahathir jadi PM sampai habis penggal dan selepas itu Anwar kepalai bala tentera untuk memenangi pilihan raya.
Itu baru cara terhormat. Tak payahlah mengugut Mahathir. Rakyat meluat dan mual dengan sikap mereka.
Apakah Otai reformis ini benar-benar yakin pemimpin terulung yang mereka agungkan itu mampu memimpin negara keluar daripada kemelut ekonomi sekarang.
Anwar pula tidak payahlah terdesak dan kemaruk sangat mahu jadi PM.
Anwar janganlah bersikap bacul dan munafik, setelah bertemu Mahathir dan bersalaman selepas itu gunakan golongan ekstrem mendesak Perdana Menteri.
Sikap memberi tempoh dan tarikh tertentu menyerlahkan kebaculan serta diwarisi pula kepada para reformis yang ternyata gagal selama ini.
Mereka menjadi kerajaan kerana Mahathir bersedia bersekongkol dan kini mula besar kepala.
Jika Mahathir tidak serah kuasa kepada Anwar tahun hadapan apa yang mereka hendak lakukan. Berguling di atas jalan lagi.
Silakanlah. Nanti ramai yang hadir bukan untuk bersama-sama menyertai, tetapi sengaja hadir untuk melihat mereka berguling.
Rakyat lebih bimbang tentang masalah ekonomi dan kestabilan negara yang tidak diurus dengan baik berbanding Anwar menjadi Perdana Menteri.