Gajet

Oppo Find X8 Ultra Akan Dilengkapi Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Dan Pengecasan Pantas 100W

Oppo telah berkongsi butiran menarik mengenai peranti baharu Find X8 Ultra mereka. Peranti ini akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite, yang turut menguasai sebilangan besar peranti mercu terkini. Selain itu, Find X8 Ultra akan menawarkan skrin LTPO OLED beresolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz.

Bateri 6,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W, dan nirwayar 50W juga menjadi salah satu ciri utama. Kamera belakang pula terdiri daripada kuad-sensor 50MP, termasuk sensor utama Sony LYT-900, ultra lebar, dan periskop dengan zum optik sehingga 6X. Peranti ini juga mempunyai ketahanan air dan debu dengan penarafan IP68/69. Butiran lain hanya akan diketahui selepas pelancaran rasminya esok.

Sumber : Amanz

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button