Ong Kian Ming akan beri laluan kepada pemimpin muda bertanding PRU15
AHLI Parlimen DAP Bangi Dr Ong Kian Ming pada hari ini (Isnin, 9 Mei) mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“Ini bukanlah keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa tetapi telah dibincangkan sejak tahun lalu.
“Saya melihat ia sebagai satu langkah untuk membuka lebih banyak pintu kepada pemimpin muda lain dalam DAP untuk meningkatkan,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter rasminya.
Ong kini merupakan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor bagi penggal 2021-2024.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.
Pada bulan Mac 2022, Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang juga mengumumkan persaraannya dari arena politik – tidak bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (JTP) DAP dalam Kongres Ke-17 yang lalu dan tidak akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang nanti. – SM
https://twitter.com/imokman/status/1523436741985992705?s=20&t=zUbCjlpz3uCQGK2_9cwy5w
Baca juga artikel ini > Nombor 39 padam: Pengasas DAP wariskan parti