Kesihatan

Kes baharu Covid-19 turun 58%

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia bagi minggu epidemiologi ke-18 (ME18) dari 1 hingga 7 Mei turun 58.3% kepada 8,732 kes daripada 20,937 kes minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh yang sama, kes tempatan menurun sebanyak 58.3% atau 20,876 kes kepada 8,703 kes dan kes import menurun sebanyak 52.5% atau 61 kes kepada 29 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kepada 4,456,736, dengan 23,276 kes aktif.

“Pemulihan dalam ME18 menurun sebanyak 45.1% atau 56,352 kes kepada 30,930 kes berbanding ME17, dan jumlah kumulatif pesakit pulih ialah 4,397,881.

“Jumlah kematian dalam ME18 menurun sebanyak 42.9% (56 kes kepada 32 kes) berbanding ME17, menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 35,579,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital awam dan Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) Covid-19 bagi setiap penduduk seramai 100,000 menurun sebanyak 27% bagi ME yang sama berbanding tempoh sebelumnya.

Kemasukan kes Covid-19 ke hospital awam bagi setiap populasi 100,000 menurun sebanyak 50% melibatkan semua kategori pesakit.

“Secara keseluruhan, penghunian katil untuk kes Covid-19 tidak kritikal menurun sebanyak 21%.

(Visited 15 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button