Kesihatan

Nyawa wanita ini hampir melayang selepas makan buah ‘donut peach’ viral

Nyawa wanita ini hampir melayang selepas makan buah ‘donut peach’ viral
Gara-gara ingin mencuba buah ‘donut peach’, seorang wanita hampir kehilangan nyawa selepas mencuba makan yang sedang tular di media sosial.

Tangan naik bintik-bintik selepas makan buat peach

Menerusi perkongsian di TikTok @sherynaa02, wanita tersebut berkata hanya dalam 15 minit selepas mencuba buah itu dia mengalami alahan yang teruk pada badan sehingga ke hospital.

“Tak semua orang boleh makan, orang itu adalah aku. Sekali makan dalam 15 minitsebu, muntah-muntah, baik biji-biji gatal dan terus dikejarkan ke kecemasan hospital”. Kongsinya menerusi video yang dimuat naik.

Tambahnya lagi, dia terpaksa menerima suntikan untuk meredakan biji-biji yang timbul pada bahagian badan yang menyebabkan rasa gatal.

“Kena suntik baru rasa macam manusia balik, kalau tak suntik macam beruk sebab meggaru, doktor suruh berhenti garu-garu, tapi sumpah tak boleh berhenti. Muka rasa pedih, perut sebuangin tak keluar dan muntah-muntah lagi.

Menurutnya dia sendiri tidak mengetahui mempunyai alahan terhadap buah tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ada warganet yang turut berkongsi pengalaman yang sama ketika menikmati donut peach.

Sementara itu, mereka juga menasihati wanita berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut bagi mengetahui tentang alahan yang dia alami supaya kejadian yang sama tidak berlaku lagi.

Artikle Berkaitan:>

Disebalik khasiat Donut Peach viral

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button