Pendidikan

NUS-UniMAP teroka kerjasama pelbagai platform

SINGAPURA 18 Sept. – National University of Singapore (NUS) menawarkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui pelbagai platform termasuklah pertukaran pelajar dan staf, kolaborasi penyelidikan dan beberapa inisiatif lain lagi.

Cadangan tersebut disampaikan oleh Dekan, Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial NUS, Prof. Dr. Sher Banu A.L. Khan yang menyatakan harapan tersebut ketika menerima kunjungan deligasi daripada UniMAP ke fakulti berkenaan yang diketuai oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mengiringi Baginda ialah Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli yang turut disambut oleh Profesor Madya Sng Tuan Hwee.

Dalam majlis tersebut Prof. Dr. Syed Muhammad Khairudin AlJunied mempersembahkan taklimat pengenalan dan pembentangan mengenai Pengajian Melayu bagi fakulti tersebut.

Delegasi UniMAP juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan dan bertukar pandangan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut berkenaan ruang-ruang kerjasama yang boleh dipelopori secara bersama.

National University of Singapore merupakan universiti awam yang tersohor di Singapura dan berada di kedudukan kelapan dalam ‘World University Rankings’ terkini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Canselor UniMAP menzahirkan agar kerjasama dan kolaborasi di antara UniMAP dan universiti berprestij seperti NUS dapat diwujudkan dalam masa terdekat dan suatu kerjasama jangka masa panjang bagi melonjakkan lagi nama UniMAP di peringkat global dapat dilaksanakan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button