Hiburan

Nora Ariffin, Yusry KRU, Habsah Hasan terima gelaran Datuk

Penyanyi Nora Ariffin, Yusry Abdul Halim (KRU) dan penulis lirik Habsah Hasan menjadi penggiat seni yang menerima gelaran Datuk bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Kesemua penggiat seni itu menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.

Mereka berada di antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan.

Menurut Nora, perasaannya bercampur baur di antara suka dan duka apabila menerima anugerah tersebut.

Dia gembira dan bersyukur dengan kurniaan tersebut namun merasa hiba kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama Allahyarham suaminya, Johan Nawawi.

Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017.

Habsah Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Chah pula memang terkenal sebagai penulis lirik dan sudah lebih empat dekad berada dalam industri muzik.

Manakala Yusry pula pernah bersama kumpulan KRU yang turut dianggotai oleh dua lagi abangnya iaitu Datuk Norman dan Edry.

Selain bergelar penyanyi, Yusry juga sebelum ini aktif menjadi pelakon dan bekerja di belakang tabir sebagai seorang pengarah.

Dalam pada itu,  Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.

Tambahnya, bagaimanapun tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik COVID-19. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button