Auto TravelBerita Auto

Nissan Almera Edisi KURO diserlahkan lagi dengan warna luaran baharu yang bergaya

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) 2024 serba baharu yang didatangkan dengan estetik dipertingkatkan menerusi penampilan tahap kecanggihan bergaya.

Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) ini juga diserlahkan lagi dengan warna luaran baharu yang bergaya, iaitu Glacier Grey dan ditampilkan dengan peralatan standard pada ketiga-tiga varian, iaitu penambahbaikan bergaya yang dipasang di kilang dengan kemasan hitam berkilat pada pelapisan gril hadapan dan rim aloi berwarna hitam.

Para pelanggan boleh mengembangkan lagi tema tersembunyi dengan pilihan Pakej KURO atau Pakej KURO GT yang boleh meningkatkan rupa Edisi KURO (Hitam) Almera dengan lebih ketara.

Berdasarkan aerokit yang dibangunkan secara eksklusif oleh TOMEI Japan untuk Almera Turbo, Pakej KURO didatangkan dengan Spoiler Bampar Depan Hitam Berkilat, Spoiler Bampar Belakang Hitam Berkilat, Skirt Sisi Hitam Berkilat dan Spoiler Penutup But Hitam Berkilat, serta dilengkapi dengan aksesori seperti  Filem Tinting ICE Cool, Pedal Sukan, Plat Pemijak Kaki, Pelindung Pemegang Pintu dan Visor Pintu.

Bagi sesiapa yang ingin menonjolkan lagi potensi gaya penuh Edisi KURO (Hitam) Almera bolehlah memilih Pakej KURO GT yang menambahkan lagi keunikan TOMEI GT Wing dan rim aloi perlumbaan IMPUL 16-inci untuk penampilan tersembunyi yang lengkap.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, Nissan Almera Turbo adalah manifestasi produk berteknologi tinggi dan produk berkualiti tinggi yang Edaran Tan Chong Motor berazam untuk tawarkan.

“Ia bukan sahaja mampu dimiliki, tetapi juga seronok dipandu dan ekonomi. Dengan adanya penambahbaikan Edisi KURO (Hitam), Almera Turbo kini menjadi lebih menarik berbanding sebelumnya dan kami yakin ia akan menjadi sedan yang paling lengkap dalam segmen B,” kata Christopher.

Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) baharu dijual dengan harga bermula dari RM83,888 dengan tawaran promosi pelancaran RM1,000 untuk Pakej KURO atau RM1,500 untuk edisi terhad Pakej KURO GT (terhad pada 300 set kenderaan) dengan ansuran bulan yang rendah bermula dari RM658.

Kenyataan itu juga memaklumkan, orang ramai yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia untuk pandu uji. – SM

Artikel berkaitan > Nissan Newbird: gabungan Bluebird klasik dan motor elektrik Leaf

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button