Nasionalpilihan

Negara terima dua juta dos vaksin sumbangan Jepun, Amerika Syarikat

NEGARA akan menerima dua juta dos vaksin jenis Pfizer dan AstraZaneca yang akan disumbangkan kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat pada esok dan lusa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Jepun akan menyumbangkan AstraZaneca manakala Pfizer pula oleh AS.

“Kita amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan vaksin dari kedua-dua negara, yang melambangkan keprihatinan kerajaan Jepun dan AS terhadap negara ini.

“Ia juga menunjukkan kepercayaan mereka kepada negara kita dalam usaha memerangi wabak COVID-19, dan menyokong program imunisasi global bagi membendung penularan wabak ini,” katanya.

Menurut Khairy, bekalan vaksin ini juga akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan membantu negara mencapai nilai ambang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tambahnya, semua vaksin diperoleh ini akan diedar segera ke fasiliti dan pusat simpanan vaksin di seluruh negara untuk kegunaan PICK dalam masa terdekat. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button