Hiburan

Neelofa kantoi rentas negeri lagi, kali ini didakwa ke Nilai 3 beli karpet

BELUM reda lagi dengan nilai kompaun yang menjadi pertikaian kerana merentas negeri, selebriti dengan imej berpurdah, Neelofa sekali lagi ‘terkantoi’ kerana merentas negeri.

Beberapa pengguna laman sosial Twitter mendakwa yang Neelofa dan suaminya yang juga seorang pendakwah bebas, Haris Ismail telah dilihat berada di Nilai, Negeri Sembilan.

Hasil carian di laman sesawang mendapati kedai karpet yang dikunjungi Neelofa dan suaminya itu berada di pusat komersial Nilai 3, Negeri Sembilan.

Malah, Neelofa sebelum itu turut memuat naik video pemilik kedai karpet itu mempromosikan premis perniagaannya.

Namun, video tersebut telah dipadamkan oleh Neelofa di Instastory akaun Instagram miliknya. -SM

Related Articles

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button