Nasional

Pesanan Dr Noor Hisham ini menusuk emosi rakyat

SEMALAM, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya memberitahu ada petugas kesihatan yang sudah mula berputus asa.

Hari ini, Noor Hisham memberi kata-kata semangat khusus kepada semua petugas kesihatan dan impak emosi nasihat itu turut dirasakan semua pihak.

“Sebelum kita berjuang setiap hari, pasangkan niat kita nawaitu kita berkhidmat demi Allah SWT dan InshaAllah akan dipermudahkan dan dilindungi InshaAllah.

“Bertabah dan bersabarlah dengan tugasan kita, negara bergantung kepada kita.

“Kita adalah barisan harapan negara. Sesungguhnya sesudah kesulitan ini ada kemudahan InshaAllah,” katanya.

Semalam, beliau berkata, petugas barisan hadapan sudah berada di lapangan sejak 10 buan lalu dan sudah pasti ada yang keletihan dari segi mental dan fizikal.

Tidak mahu semangat untuk menentang Covid-19 menjadi luntur, Noor Hisham meminta semua petugas kesihatan di berisan hadapan dan disebalik tabir supaya terus kekal bersungguh-sungguh memerangi penularan Covid-19.

“Marilah kita sama-sama kekalkan usaha bersungguh-sungguh memerangi penularan Covid-19 dalam negara khususnya di negeri Sabah.

“Kita juga perlu mencegah penularan secara “proactive” dan “preemptive” dan mengambil tindakan kesihatan awam di lapangan serta merawat pesakit di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan Covid-19 PKRC,” katanya.

Noor Hisham juga berkata sesuatu yang sebenarya walaupun ditujukan khusus kepada petugas kesihatan, tetapi emosinya sampai kepada sesiapa sahaja yang membaca.

Rekod kes Covid-19 dicatatkan semalam mencecah 1,228 kes baharu dikesan.

Jumlah itu adalah yang paling tinggi dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan 221 hari yang lalu. Dan kali pertama kes baharu mencecah empat digit. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button